Sunday, June 20, 2010

kekuasaan tuhan...


Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagimereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?


Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi
perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar
ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ...). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan
tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w..t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai
pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya ...

Jgn kau cabar...


kate abg midon....."kau x de blog diam!!!"
....."buat la blog"
...."kau sorang je x de blog"
kate loqman....."org x de blog ni x matang"
kate alan.......hahaha...die x ckp pape...

akhirnye....janji telah ditunaikan....kini ak dah ade blog...hahahaha.....

SELAMAT DATANG!!!!...........

yang pipih takkan dtg melayang.....



kadang2....rase mcm pelik.....btul ke??....x caye ar.....biar btul...!!
kate org tua2 x de mende yg mustahil...bak kate adnan zikri(smapl) time uia.....
"mak saye kate x de bende yg mustahil di dunia ini".....
maka aku berpegang kpd prinsip ini dlm mencari impian yg prnah menyala tp dah padam...

ade org ckp...."klu kau mng PPM baru ak respect kau"
ade org ckp...."sy akan kahwin kalau kamu mng PPM"
ade org ckp...."PPM susah giler, kau x kan mng punye ar"

ok x pe....maybe btol...setelah aku dan rakan2 mencube....
setelah dipecahkan rutung untuk mendapatkan sagunye...
setelah brdoa memohon matahari supaya menyinari bumi yg telah
lame ditimpa hujan.....

akhirnye....kami berjaya menyalakan api yg telah padam...
akirnye...kami berjaya melangkah ke pentas final setelah hampir 30 tahun di idamkan...
akhinye....berbaloi juge usaha kite selama ini....
setelah aku mennt sdarian yg akan memecah tradisi....
aku x percaye aku dan rakan2 org nye....

pun begitu....perjuangan masih belum habis....
final masih blum berlansung....
masih ade beban yg perlu dipikul...
perjuangan tidak akan berhentu....
kami akan terus berusaha....

kate org....dlm kite mncapai tinggi...
jgn dilupe menjenguk ke bawah...
terima kasih di ucapkan kpd:

abg giyathudin yg sanggup terbang ke kelantan bersama isteri
semata-mata untuk mmberikan sokongan kpd kami...

abg ilyas jgk yg bnyk mmbantu dlm mmberi komen mcm
"kaitkan dgn hujah"....."hujah x sampai la"....bidas sharp cket mcm alan"
and bnyk lg la....

abg midon.....hahaha...walaupun anda ditinggalkan...namun ilmu,jasa anda tetap kami
kami bawa bersama sebagai pedoman...tu la...sape suroh sentap2....manusia yg jahat bleh berubah la...hahah...tp ade pengubat BTN katenye....hahaha...mcm2....

ckg mad....TERIMA KASIH CIKGU....jasa dan ilmu ckgu ttp saya kenang dan gune selamanye...
tanpa ckg sape la kami....walaupon ckg dah tiada...namun kami ttp sentiasa di sisi mu....
kite jmpe lg ckgu...

dan tidak lupe buat guru2 yg mmbantu esp ckg aisyah yg mnjd ibu' MEK' kami di kelantan.....
guru ketua bidang....ckg shariah,ckg zainah yg slalu mnjenguk kami brlatih di blk kaunseling...
para kaunselor yg sudi menerima kami di blk kaunseling....guru2 yg laen...dan pihak pentadbir yg diketuai oleh tuan pengetua......terima kasih semua......

KISAH THAILAND DAN SINGAPURA....

Ini satu kisah. Pada suatu hari, Perdana Menteri Thailand mengadakan lawatan mesra ke Singapura. Kedatangan beliau disambut mesra oleh Perdana Menteri Singapura dan dibawa bersiar-siar sekitar negara tersebut. Sampailah satu malam ketika mereka berdua menikmati dinner bersama-sama. Dengan kerek, PM Singapura cuba merendah-rendahkan negara Thailand.
Ketika PM Thailand sedang makan limau, PM Singapura ni pun bertanya,

"Kat Thailand, lepas makan limau, kulitnya dibuat apa?" Lebih kurang camtu la mafhumnya. Saya tak tau la dialog sebenarnya macam mana.

Dengan jujurnya PM Thailand menjawab,
"Nak buat apa lagi, Buang la..."

"Oh, dekat sini, kulit limau kami proses menjadi jus limau dan dieksport ke Thailand." Kata PM Singapura.Dalam hati PM Thailand (letih la nak taip penuh, lepas ni saya guna PMT dan PMS saje. Paham paham la ye...)
"Cis, lepas ni sumpah aku takkan minum jus limau lagi."

Kemudian PMS terlihat PMT ni makan udang lalu dia pun bertanya lagi,
"Kat Thailand, lepas makan udang, kulitnya dibuat apa?"

PMT menjawab,
"Nak buat apa lagi, buang la..."

PMS bersinikal lagi dengan wajah yang penuh sarkastik,
"Oh, di Singapura, kulit udang kami proses jadi keropok udang dan dieksportkan ke Thailand."

"Ai, semua eksport ke negara aku. Dah takde negara lain dah ke..." Kata PMT dalam lubuk hatinya yang sedang bengkek dan bengang dengan PMS tersebut.



Sebagai pencuci mulut, PMT mengunyah gula-gula getah. Seperti biasa, PMS bertanya,
"Kat Thailand, lepas makan chewing gum, buang jugak ke?"
PMT yang sudah hilang selera makan hanya mampu mengangguk.

"Oh, di sini, chewing gum yang sudah dimakan tidak dibuang sebaliknya diproses menjadi kondom dan dieksport ke Thailand, bagi rakyat Thailand pakai."
PMS bergelak sakan dalam hati dengan penuh keriangan dan perasaan kejayaan.

Tiba-tiba PMT pula bertanya,
"Di Singapura, lepas guna kondom, buat apa?"

PMS menjawab,
"Oh, kondom tersebut akan dibuang melalui sistem pengurusan sisa pepejal yang canggih dan hanya terdapat di Singapura. Kenapa?"

PMT berkata,
"Oh, di Thailand, kondom terpakai akan diproses menjadi chewing gum dan dieksport ke Singapura, bagi rakyat Singapura makan."

Sejak itu, gula-gula getah tidak lagi dibenarkan di Singapura...




Ini bukanlah kisah benar, namun mesej dan iktibarnya tetap ada untuk mengingatkan kita sesungguhnya sikap dan rasa bongkak hanya memakan diri kita sendiri.
Allah Taala ada berfirman bermaksud:

"Wahai mereka yang beriman, jangan kamu (sesuatu kaum itu) mempersendakan kaum yang lain, barangkali mereka itu lebih baik dari kamu."

by: alan qushaimi...